Aperture Siri 4
APERTURE SIRI 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ok dah masuk siri ke 4 dah ulangkaji kita tentang aperture.
Yg nk baca siri sebelumnya boleh tgk di #ulangkajisaifulnangacadem
Okeh hari ini kita sambung kaitan antara aperture dan lens. Biasa kita beli dslr akan dapat kit lens kan. Ok apa itu kit lens, kit lens adalah lens yg dibeli sekali dgn body dslr dan mempunyai aperture antara 3.5 - 5.6
Kat mana nk tgk nilai aperture lens, biasa boleh tgk di hadapan lens mcm dalam gambar. Dia tulis 3.5 - 5.6
Jadi apa maksud 3.5 - 5.6 tuh. Ok dlm lens kita ada focal length iaitu brape jauh kita boleh zoom kan. Biasanya kit lens antara 18mm -55mm ( 18mm wide - 55mm utk zoom)
Jadi maksud yg tertulis di lens 18mm-55mm f3.5 - f5.6 adalah apabila di 18mm aperture paling rendah yg boleh di gunakan adalah 3.5 dan 55mm aperture paling rendah 5.6
Sebab tu kdng2 bile kita ambil gambar wide pada 18mm gmbr cerah sbb guna aperture 3.5 tapi bila kita zoom ke 55mm tiba tiba jadi gelap. Sebab
Aperture dh berubah ke 5.6
Sebab itu jugaklah kit lens murah dan kita ada lens lain yg lebih mahal sebab aperturenya constat. Contoh di lens dia akan tulis 17mm - 50mm 2.8
Ini maksudnya zoom in zoom out antara 17mm ke 50mm aperture tidak akan berubah.
Ok faham? Tak faham cuba ambil kamera buat aperture 3.5 dan letak lens pada 18mm dan cuba gerakkan focal length lens ke 50 mm. Nanti boleh tgk aperture akan berubah
Amacam faham tak? Confirm tak faham sebab lepas anda baca ni anda baru tahu. NAK FAHAM KELUAR AMBIL GAMBAR
Okeh mudah ehehe.. orait kalau ada soalan tanya je di ruangan komen.
Lepas ni kita sambung ulangkaji tentang lens pula. Terus follow kita okkey di instagram @saifulnangacademy
yg nk join kelas asas 5 september nih boleh wassap ke +6010 222 9089 atau email ke inquiry@snap.com.my
#saifulnangacademy #saifulnang #ulangkajisaifulnangacadem
0 comments