Welcome to our website !

KAMERA BIASA

By Wednesday, February 17, 2016

KAMERA UNTUK ANDA - SIRI 1 MIRRORLESS

Assalamualaikum semua, ok kita teruskan bicara kita tentang fotografi. Kali ni kami nak kongsikan tentang kamera pulak. 


Zaman digital ni fotografi tidak setakat dslr, banyak medium yang boleh digunakan macam
1. Dslr
2. Action cam (mcm gopro)
3. Mirrorless
4. Smartphone



Ok untuk kali ni kita akan ceritakan dulu berkenaan Mirrorless.

Mirrorless kamera bahasa mudah kamera dia kecil macam compact tetapi mempunyai fungsi dan kualiti seperti DSLR. Mirrorless ni wujud lebih kurang 4 ke 5 tahun lepas tapi cuma start dari 2 tahun kebelakangan ini mirrorless fungsi dan harganya betul2 stabil dan menarik

Mirrorless ni ada kawalan manual ada file RAW dan boleh tukar tukar lens tapi saiz kecil menghampiri saiz kompak kamera

JADI APA KELEBIHAN MIRRORLESS
1. Kamera kecil senang masuk poket/beg tangan
2. Fungsi setanding DSLR - tukar lens,manual, raw file dll
3. Ada wifi boleh terus transfer ke smartphone
4. Boleh charge dgn power bank (utk sesetengah model)

KEKURANGAN MIRRORLESS
1. Bateri cepat habis. Kurang sesuai utk professional job dan lokasi2 yg mempunyai suhu sejuk extreme (kene beli bateri banyak2 ahaha)
2. Pilihan lens tidak banyak dan lens yang ada kebiasaannya MAHAL
3. Tidak banyak aksesori 3rd party

UNTUK SIAPA MIRRORLESS INI
1. Mereka yang suka fotografi sebagai hobi tapi tak suka bawak kamera berat
2. Professional photographer yg mencari kamera kedua
3. Mereka yang baru2 nak menceburi fotografi tapi tak sure nk buat full time atau part time
4. Mereka yang nak upload gambar cepat ke social media (fungsi wifi dia sgt bagus untuk anda)

CONTOH KAMERA MIRRORLESS
1. Sony a6000
2. Fujifilm xt-1
3. Canon M3
4. Nikon 1


Dan lain-lain.


Setiap model mirrorless ada pron n cons, insyaAllah nnti kita review 1 per 1

Ok faham tak berkenaan mirrorless kamera ni mudahkan. Harganya pulak dari 1500 sehingga yg mencecah 6000 ke 7000

Ok tunggu siri seterusnya kita akan cerita pulak tentang dslr .. tungguuu
Terus follow instagram kami @saifulnangacademy

Yg nk join kelas asas.foto wassap je kiteorang kat 010 222 9089 / email inquiry@snap.com.my

#asasfoto #mirrorless#ulangkajisaifulnangacademy #fotografi#foto #asasfotografi #saifulnang #belajar

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.

Flickr

Created with flickr badge.

Instagram

Blogger templates