Welcome to our website !

ISO DAN NOISE

By Wednesday, February 17, 2016

ISO DAN NOISE
Orait sambung lagi ulangkaji kita, kali ini kita akan bercerita temtang ISO DAN NOISE
Selain aperture dan shutter speed yang kita dah ceritakan dalam ‪#‎ulangkajisaifulnangacademy‬ yang lepas, elemen seterusnya yang mengawal gelap dan cerah gambar adalah ISO
ISO ni bahasa mudahnya ialah ke sensitifan sensor kita terhadap cahaya. Dalam kamera kita biasa ada butang di tulis ISO
Semakin tinggi nilai ISO semakin cerah gambar macam ni
ISO 100 - gambar gelap
ISO 800 - gambar cerah
ISO 3200 - gambar terlebih cerah
Mudahkan, jadi nak gambar cerah kita buat je ISO TINGGI...Betul ke??? 

Salah!!! Bila ISO tinggi akan ada kesan lain pada gambar iaitu wujud nya NOISE. Noise ni macam bintik2 dalam gambar macam gambar yang di atas ni.
Biasa kalau pakai kamera handphone dn ambil.di tempat gelap biasa akan dapat gmbr mcm ni. Sebab kamera akam gunakan iso tertinggi untuk cerahkan gambar tapi akan menyebabkan gambar jadi rosak dengan noise
Setiap kamera ada tahap ISO nya, makin mahal kamera makin tinggi keupayaannya, ada yang mencecah sehingga 409,600... mcm sony A7s 

Untuk iso ni tips.mudah, kalau subjek kita yang nak di ambil gambar di tempat cerah gunakan ISO 800 kebawah, kalau di tempat gelap gunakan ISO 800 ke atas. 

Ok post seterusnya kita akan kongsikan bagaimana untuj kita mengawal ISO, SHUTTER SPEED & APERTURE
Tungguuu dan terus follow instagram @saifulnangacademy
Nk join kelas asas kami wassap je di
010 222 9089
010 222 9099

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.

Flickr

Created with flickr badge.

Instagram

Blogger templates