Welcome to our website !

TIPS FOTOGRAFI : BUNGA API

By Friday, December 12, 2014



TIPS FOTOGRAFI : BUNGA API

Assalamualaikum dan Salam Ambang Tahun Baru 2015

Mungkin ramai yang sudah berangan-angan, bersiap sedia untuk mengambil gambar bunga api kan malam ini.

Jadi disini kami kongsikan sedikit tips dan setting kamera bagaimana untuk mengambil gambar bunga api

KAWALAN KAMERA
Untuk mengambil gambar bunga api, terdapat beberapa kawalan kamera yang boleh digunakan :

SETTING PERTAMA
ISO 100
Aperture: f8 dan keatas
Shutter speed : 1/10 saat ke 10"saat
Kamera mode : MANUAL

Untuk setting yang pertama, peralatan yang diperlukan hanyalah DSLR anda dan tripod. Faktor kawalan kamera yang terpenting adalah shutter speed, ubah shutter speed mengikut kesesuian effect bunga api yang anda ingin rakam. Jika ingin merakam dari bunga api keluar dari bawah sehingga meletup di atas, boleh set shutter speed sekitar 10" saat. Jika hanya ingin mengambil gambar saat bunga api itu meletup, shutter speed biarkan sekadar 1/10 sehingga 1 saat

SETTING KEDUA
ISO 100
Aperture : f8 dan keatas
Shutter speed : BULB
Kamera mode : MANUAL

Untuk setting kedua anda memerlukan, peralatan tambahan selain dari tripod iaitu :
1. Kad Hitam (Black Card)
2. Camera remote trigger

Untuk setting kedua, anda hanya perlu setkan shutter speed pada mode bulb. Kemudian anda buka selama mana yang anda rasakan sesuai. Kegunaan kad hitam atau Black Card adalah untuk anda menutup lens anda. Untuk apa di tutup lens, ini untuk memudahkan anda merakam beberapa bungai api di dalam 1 frame yang sama. Bagaimana:

1. Setelah selesai letupan bunga api yang pertama, anda tutup dengan black card.
2. Apabila letupan bunga api yang kedua berlaku anda buka kembali lens tersebut,
3. Ini akan menghasilkan beberapa bunga api di dalam satu frame yang sama.

Bagi yang baru pertama kali mengambil gambar bunga api, digalakkan menggunakan Setting yang pertama. Untuk yang ingin mencuba teknik yang lebih menarik boleh cuba setting yang kedua.

Terdapat banyak lagi tips fotografi untuk bunga api ini, tetapi untuk permulaan yang ini sudah mencukupi untuk anda merakam bunga api 

Selamat Mengambil Bunga Api Jangan Sampai Terbakar Diri 

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.

Flickr

Created with flickr badge.

Instagram

Blogger templates