Welcome to our website !
FAKTA MACBOOK

Sebelum ini ada cerita tentang MITOS MACBOOK arini kita kongsikan pula fakta sebenar tentang kelebihan dan kekurangan macbook.

KELEBIHAN MACBOOK




1. Kurang masalah virus. Ini betul

2. Lebih stabil sbb OS dn badannya dari apple, ade lah hang2 jgk tp tak seteruk windowslah. Laptop lain OS nya windows tp badannya boleh jadi sony/dell/asus/lenovo dll yg sejenis dgnnya

3. Design yg owhsemn dn user friendly

4. Sgt sesuai untuk jurufoto/grafik/video sbb warna screen yg hampir konsisten antara semua model. Xde lah mamat A edit2 gmbr pi antar kat mamat B warna lari kat laptop mamat B lepas tu gaduh xpuas hati post kat fb lepas tu viral ahahaha

5. Senang di gunakan tak pening kepala bila dh biasa dgn sistem.

6. Sgt sesuai utk orng2 yg tak tahu atau malas nk amik port pasal ram/processer dn jadah jadah yg lain. Yang dia tau, mana yg bagus skali,ok ni duit bak satu

7. Bateri tahan lama, tip top tak perlu cari power point atau power bank

KEKURANGAN MACBOOK
1. Kurang sesuai utk programer/gamers/engineer/dn bidang2 kerja lain sbb byk software dn game byk kat windows.
2. Susah upgrade lagi2 model baru, kalau beli macbook tu terus lah amik spec yg mantap jangan ngada ngada fikir nk upgrade later. Windows laptop boleh upgrade, macbook maaf memang as it is
3. MAHAL
4. MAHAL
5. MAHAL ahahaha

Walaupun mahal tapi tetap jgk orang beli macbook kan? Sbb apple tak jual laptop pada anda, diaorang jual pengalaman pada korang dengan produk dia.


Beza kan jual pengalaman dan jual produk? Macam mana pulak tuh, itu dah masuk cerita perniagaan pulak, ok lah nanti2 kita cerita tentang tips perniagaan pulak

Teruskan follow instagram kami @saifulnangacademy
Nk join kelas 010 222 9089

Ok pendek kata smbung balik sikit, berbaloi tak beli macbook ni? Tepuk poket tanya duit ahaha

#saifulnangacademy #ulangkajisaifulnangacademy#malaysia #belajar #macbook #jurufoto #fotografi#apple
MITOS MACBOOK

Biasa kita dengar kalau jurufoto mesti pakai macbook. Kenapa kene macbook jugak,ap laptop tingkap tak bagus ker eh silap laptop window. Macam2 persoalan dan mitos yang keluar. Jadi kat sini kita share sikit berkenaan Macbook ni.




MITOS MACBOOK
1. Ada macbook gambar mesti cantik
2. Guna Macbook tak perlu calibrate selama lamanya
3. Guna macbook print warna sama dgn dlm komputer
4. Macbook laju dan tak hang
5. Pakai macbook baru pro

HAKIKATNYA
1. Kalau gmbr buruk tgk pakai tv 100 inci super the duper amoled samsung tmbah screen mac. Gambar buruk tetap buruk tiada kaitan dengan laptop

2. Macbook sampai masa perlu kalibrate jugak cuma warnanya lebih konsisten dengan macbook lain. Kalau laptop windows, asus warna mcm ni, dell warna mcm ni, macbook ni mcm2.model pun tetap aple yg keluarkan jadi sbb tu screen nye konsisten

3. Nak print kemudian sama warna macam tengok dalam screen, screen komputer dan printer yg nk digunakan tu kena kalibrate. Jadi setiap kali tukar printer setiap kali tu lah kene kalibrate. Nak senang mcm mana? Setia lah pada 1 printer ahaha monogami

4. Macbook pun kalau dah banyak guna apps dah penuh tetap hang bro

5. Ramai je professional tak pakai macbook

Jadi penting ke macbook ni kenapa ramai orang rekemen? Ok nanti kita ceritakan kebaikkan macbook ni dn kenapa jika anda jurufoto macbook ini bagus untuk anda. Trrus follow instagram kami @saifulnangacademy
Atau baca post2 ulangkaji di #ulangkajisaifulnangacademy

Yang penting jangan ingat macbook ini 1 alat ajaib yg boleh menghebatkan gambar anda. Salah tu ahahaha

#saifulnang #jurufoto #macbook #apple#photographerlife #mitos #mythbuster #kelakar#saifulnangacademy #belajar #fotografi

TIPS MEMILIH MEMORY CARD SD

Memori kad sangat penting. Kamera mahal tiada gunanya tanpa memory kad. Umpama ferrari tanpa tayar.

Tapi mungkin ramai yang konpius pagi terkeliru dalam pemilihan memori kad.

Kami kongsikan beberapa tips mudah pemilihan gambar.



1. PILIH CLASS 10
Class 10 ni dia memory card yang transfer ratenye laju. Kalau shot video atau guna dslr yg megapixel besar2 ni pilihlah yg class 10. Kalau pilih class lain lepas shot je kena tunggu 2 minit untuk shot seterusnya sebab gambar tak masuk memory card lagi.

2. PILIH SAIZ KAD YG SEDERHANA (8GB/16GB)
Jangan ambil kad yang kecil (4GB) sebab saiz file sekarang besar2 jadi cepat penuh. Jangan ambil yang terlalu besar 32GB/64GB sebab nanti malas nak transfer gmbar. Tunggu penuh baru transfer. Sangat bahaya sebab nanti kalau korup semua hilang. Kalau saiz yang sederhana jadi gambar ada di 2-3 memory kad kalau 1 korup sekurang2nya ada memory kad lain

3. GUNA ADAPTER MAHAL
Ada yg gunakan microSD sebagai SD kad dgn adapter tp pastikan adapter pun yg bagus dan mahal macam microSD. MicroSD boleh transfer 64mb/s tp adapter cuma 5mb/s. Sangkuuuut

Ok kami harap tips ini boleh membantu anda mendapatkan memory kad yang sesuai. Nak baca tips lagi terus follow IG kami @saifulnangacademy . Tips2 lepas di sini #ulangkajisaifulnangacademy

Nak join kelas wassap kami di 010 222 9089

Tag kawan korang yang cadang2 nak beli memory kad.

#saifulnangacademy #belajar#jurugambarperkahwinan #jurufoto#jurugambar #fotografi #memorykadhilang

KAMERA KENA AIR ?? 


Kali ni kita nak kongsikan sikit pengalaman @izdiariff salah seorang perantis kita bila kamera dia di tenggelami oleh air hujan. Macam mana boleh kena air hujan? Ok itu kene tanya tuan empunya badan

Yg kita nak kongsikan ialah apa nak buat kalau kamera dah kena air takkan nak buang
?




Mudah sahaja kalau terkena air pertama sekali buang bateri kemudian carilah bekas yang tertutup dan taburlah beras. Mudah sahajakan macam dalam.gambar ni. 
Dan biarkan kamera anda bersama beras selama 2 atau 3 hari. InsyaAllah akan ok. Itulah yg izdi buat dan alhamdulillah kamera tersebut boleh terus di gunakan dengan cemerlang

Beras yang dh di peram dgn kamera pulak mcm mana? 


Nak buang boleh nak basuh dn masak pun boleh dan boleh lah makan dengan lauk2 lain. Gerenti tahap fotografi korang masih sama sebelum dan selepas makan nasi dari beras rendaman kamera ni

Terus follow ig kami @saifulnangacademyutk tips2 menarik dn baca perihal fotografi yg lain

Fb : fb.com/snapclub
Ig : saifulnangacademy
Phone : 010 222 9089

#saifulnangacademy #tips #tipsdslr#tipskamera #tipssaifulnangacademy#ulangkajisaifulnangacademy #belajardslr#belajarfoto #fotografi #foto#belajarfotografi #belajarkamera #belajar#igersmalaya #igersmalaysia #seronok#nikon #kamera #dslr #basah

KAMERA UNTUK ANDA SIRI 2 - DSLR

Baiklah kita sambung cerita kita tentang kamera, haritu kita dah cerita tentang mirrorless kamera, yang terlepas baca di sini #ulangkajisaifulnangacademy 

Dslr bermaksud Digital single lens reflex, kenapa dslr ni begitu famous??




KEBAIKKAN DSLR
1. Pilihan lens yang sangat banyak (mengikut genre fotografi anda)
2. Bateri yang tahan lama (1000 shots ke atas)
3. Tahan lasak,sangat lasak sebenarnya
4. Banyak aksesori 3rd party
5. Kawalan manual
6. Mampu shot di kawasan extreme sejuk, extrem gelap atau sebagainya
7. Nilai 2nd hand tinggi terutamanya lens
8. Kualiti gambar yang sangat2 baik

KEKURANGAN DSLR
1. Saiz bulky berat dan renyah
2. Tidak banyak model ada fungsi wifi, lambat update ke social media jadi lambat skit dapat like ahahaha

UNTUK SIAPA DSLR INI
1. Jurufoto Professional 
2. Extreme/serius hobyist

Kalau dulu ramai juga yang membeli dslr untuk mendapatkan gmbr yang cantik bila travel atau untuk suka suka. Tapi sebab beratnya dslr ni lama lama jadi hiasan je di rumah

Kalau anda ingin menjadi jurufoto professional, dslr ini pilhan anda, jika anda hanyalah nk ambil gmbr utk suka2 dn utk personal use, MIRRORLESS lebih baik

Baiklah selepas ini kita kongsikan pula mengenai MOBILEGRAPHY ATAU FOTOGRAFI DENGAN SMARTPHONE

Terus follow IG kami @saifulnangacademy . Nk masuk kelas foto wassap je kat 010 222 9089 atau inquiry@snap.com.my

#saifulnangacademy #asasfoto #dslr#canon #nikon #belajarfoto #belajar#fotografi #asasfotografi #kamera#seronok #study #tips #sempoi#saifulnang #malaysia

KAMERA UNTUK ANDA - SIRI 1 MIRRORLESS

Assalamualaikum semua, ok kita teruskan bicara kita tentang fotografi. Kali ni kami nak kongsikan tentang kamera pulak. 


Zaman digital ni fotografi tidak setakat dslr, banyak medium yang boleh digunakan macam
1. Dslr
2. Action cam (mcm gopro)
3. Mirrorless
4. Smartphone



Ok untuk kali ni kita akan ceritakan dulu berkenaan Mirrorless.

Mirrorless kamera bahasa mudah kamera dia kecil macam compact tetapi mempunyai fungsi dan kualiti seperti DSLR. Mirrorless ni wujud lebih kurang 4 ke 5 tahun lepas tapi cuma start dari 2 tahun kebelakangan ini mirrorless fungsi dan harganya betul2 stabil dan menarik

Mirrorless ni ada kawalan manual ada file RAW dan boleh tukar tukar lens tapi saiz kecil menghampiri saiz kompak kamera

JADI APA KELEBIHAN MIRRORLESS
1. Kamera kecil senang masuk poket/beg tangan
2. Fungsi setanding DSLR - tukar lens,manual, raw file dll
3. Ada wifi boleh terus transfer ke smartphone
4. Boleh charge dgn power bank (utk sesetengah model)

KEKURANGAN MIRRORLESS
1. Bateri cepat habis. Kurang sesuai utk professional job dan lokasi2 yg mempunyai suhu sejuk extreme (kene beli bateri banyak2 ahaha)
2. Pilihan lens tidak banyak dan lens yang ada kebiasaannya MAHAL
3. Tidak banyak aksesori 3rd party

UNTUK SIAPA MIRRORLESS INI
1. Mereka yang suka fotografi sebagai hobi tapi tak suka bawak kamera berat
2. Professional photographer yg mencari kamera kedua
3. Mereka yang baru2 nak menceburi fotografi tapi tak sure nk buat full time atau part time
4. Mereka yang nak upload gambar cepat ke social media (fungsi wifi dia sgt bagus untuk anda)

CONTOH KAMERA MIRRORLESS
1. Sony a6000
2. Fujifilm xt-1
3. Canon M3
4. Nikon 1


Dan lain-lain.


Setiap model mirrorless ada pron n cons, insyaAllah nnti kita review 1 per 1

Ok faham tak berkenaan mirrorless kamera ni mudahkan. Harganya pulak dari 1500 sehingga yg mencecah 6000 ke 7000

Ok tunggu siri seterusnya kita akan cerita pulak tentang dslr .. tungguuu
Terus follow instagram kami @saifulnangacademy

Yg nk join kelas asas.foto wassap je kiteorang kat 010 222 9089 / email inquiry@snap.com.my

#asasfoto #mirrorless#ulangkajisaifulnangacademy #fotografi#foto #asasfotografi #saifulnang #belajar



3 LOKASI TINGGI UNTUK GAMBAR KL YANG CANTIK - SIRI 3 GM PLAZA CHOW KIT

Ok kali ini kami nak kongsikn 3 lokasi dari tempat tinggi yang boleh mendapatkan gambar pemandangan KL yang cantik

Kami akan fokuskan ke lokasi yg Mudah, sah dan boleh pergi tanpa sebarang masalah

Untuk lokasi ketiga kita adalah GM PLAZA CHOW KIT. Nak baca lokasi sebelum ini baca di sini #ulangkajisaifulnangacademy 
LOKASI AMBIL GAMBAR
Ok lokasi gambar ini di ambil adalah di parking lot GM PLAZA Chow kit

BAGAIMANA KE SINI
Jika naik kenderaan, bergerak ke lorong haji taib 5, Anda akan boleh lihat GM PLAZA tp yg uniknya nk ke parking lotnya anda perlu naik lif untuk kereta. Naik terus ke tingkat atas. Keluar lif dgn kereta Kemudian amik tiket in parking dn boleh menuju ke tingkat teratas dgn kereta seperti parking biasa. Jangan risau kawasan parkingnya buka 24 jam

Jika naik keretapi, ambil monorel stesen chow kit dn jalan kaki lebih kurang 10 minit ke gm plaza dn boleh naik lif terus ke atas. Tapi kami tak galakkan berjalan kaki ke sini sbb kawasan kurang selamat, lorong haji taib kan, better naik kenderaan lah ok

WAKTU AMBIL GAMBAR
Sunrise (6.00 am - 8 am)

TIPS
Jangan lupa bawa duit kecil kerana nanti nak kene bayar parking, tak boleh keluar pulak nanti kan. Bawak lah RM1 banyak2 parking RM3 kalau xsilap

Juga kalau ada lens telephoto bawa anda boleh dpt gmbr yg berbeza,juga jngn lupa ambil gambar pemandangan di bawah GM plaza, banyak cerita di bawah gm plaza itu

Terus follow instagram @saifulnangacademy dan tunggu siri seterusnya. Kami akan kongsikan lagi lokasi menarik utk fotografi

Nak join kelas fotografi ?? Hubungi kami di 010 222 9089

Dah tau lokasi apa lagi jangan lupa terjah 😄😄 Tag kawan korang yg suka fotografi 😊

#saifulnangacademy #akuygsnap#jurugambar #ilovemalaysia #igersmalaya#jurugambar #jurufoto #fotografi

Powered by Blogger.

Flickr

Created with flickr badge.

Instagram

Blogger templates