Welcome to our website !

LOKASI CANTIK 3 - GM PLAZA CHOW KIT

By Wednesday, February 17, 2016



3 LOKASI TINGGI UNTUK GAMBAR KL YANG CANTIK - SIRI 3 GM PLAZA CHOW KIT

Ok kali ini kami nak kongsikn 3 lokasi dari tempat tinggi yang boleh mendapatkan gambar pemandangan KL yang cantik

Kami akan fokuskan ke lokasi yg Mudah, sah dan boleh pergi tanpa sebarang masalah

Untuk lokasi ketiga kita adalah GM PLAZA CHOW KIT. Nak baca lokasi sebelum ini baca di sini #ulangkajisaifulnangacademy 
LOKASI AMBIL GAMBAR
Ok lokasi gambar ini di ambil adalah di parking lot GM PLAZA Chow kit

BAGAIMANA KE SINI
Jika naik kenderaan, bergerak ke lorong haji taib 5, Anda akan boleh lihat GM PLAZA tp yg uniknya nk ke parking lotnya anda perlu naik lif untuk kereta. Naik terus ke tingkat atas. Keluar lif dgn kereta Kemudian amik tiket in parking dn boleh menuju ke tingkat teratas dgn kereta seperti parking biasa. Jangan risau kawasan parkingnya buka 24 jam

Jika naik keretapi, ambil monorel stesen chow kit dn jalan kaki lebih kurang 10 minit ke gm plaza dn boleh naik lif terus ke atas. Tapi kami tak galakkan berjalan kaki ke sini sbb kawasan kurang selamat, lorong haji taib kan, better naik kenderaan lah ok

WAKTU AMBIL GAMBAR
Sunrise (6.00 am - 8 am)

TIPS
Jangan lupa bawa duit kecil kerana nanti nak kene bayar parking, tak boleh keluar pulak nanti kan. Bawak lah RM1 banyak2 parking RM3 kalau xsilap

Juga kalau ada lens telephoto bawa anda boleh dpt gmbr yg berbeza,juga jngn lupa ambil gambar pemandangan di bawah GM plaza, banyak cerita di bawah gm plaza itu

Terus follow instagram @saifulnangacademy dan tunggu siri seterusnya. Kami akan kongsikan lagi lokasi menarik utk fotografi

Nak join kelas fotografi ?? Hubungi kami di 010 222 9089

Dah tau lokasi apa lagi jangan lupa terjah 😄😄 Tag kawan korang yg suka fotografi 😊

#saifulnangacademy #akuygsnap#jurugambar #ilovemalaysia #igersmalaya#jurugambar #jurufoto #fotografi

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.

Flickr

Created with flickr badge.

Instagram

Blogger templates