Welcome to our website !

TIPS FOTOGRAFI : SLOW SHUTTER

By Monday, December 22, 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ini kami ingin berkongsi tips berkenaan slow shutter. 

APA ITU SLOW SHUTTER ?

Slow shutter bermakna anda menggunakan nilai shutter speed yang rendah. Shutter speed bermaksud berapa lama kamera anda membuka tirainya untuk kemasukkan cahaya.

Shutter speed di dalam kamera di nilai kan berdasarkan 1 saat (1") seperti ini :

1/100
Ini bermaksud tingkap/tirai kamera itu hanya dibuka selama 0.01 saat sahaja. (1/100 = 1 saat dibahagikan 100 )

1/10
Ini bermaksud tingkap/tirai kamera itu hanya dibuka selama 0.1 saat sahaja. (1/10 = 1 saat dibahagikan 10 )

1"
Apabila tanda (") ini muncul ini bermaksud nilainya sudah mencapat saat. 1" = 1 saat

5" = 5 saat
30" = 30 saat

*** Bagi Canon shutter speed di tulis : 1/100
*** Bagi Nikon shutter speed hanya di tulis : 100 (tiada lambag 1/xx)

SLOW SHUTTER ADALAH ANDA MENGGUNAKAN NILAI SHUTTER SPEED BERMULA 1" - 30 "

Penting ker guna SLOW SHUTTER INI ?
Slow shutter sebenarnya membenarkan anda mengambil gambar yang menampakkan pergerakan. Seperti pergerakan awan, ombak dan kereta (light trail)

Contohnya adalah seperti gambar ini. Shutter speed yang digunakan adalah 1".

Dengan kelajuan shutter seperti ini anda dapat menangkap pergerakan ombak tersebut. Ini akan membuatkan gambar anda lebih dinamik dan menarik.

INGATAN, SLOW SHUTTER MEMERLUKAN ANDA MENGGUNAKAN TRIPOD

Nilai shutter speed yang sesuai diperlukan untuk menangkap pergerakan ombak dan nilai ini berubah2 mengikut kelajuan/kekuatan ombak itu sendiri.

Ini ada beberapa nilai shutter speed yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan effect pergerakan di dalam gambar :

1. Ombak : 1/10 - 2 "
2. Light trail (pergerakan kereta) : 5" - 30 "
3. Pergerakan awan : 30" - 60 " (Bulb mode)

Nilai yang kami beri ini hanyalah panduan. Apabila anda mengambil gambar mungkin ianya TEPAT/TIDAK TEPAT kerana skali lagi ianya bergantung kepada kelajuan subjek anda. Tetapi anda boleh gunakan panduan ini untuk bermula dan ubah mengikut keadaan.

Baiklah ini sedikit sebanyak tips berkenaan SLOW SHUTTER.

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.

Flickr

Created with flickr badge.

Instagram

Blogger templates