TIPS FOTOGRAFI : POTRET
Gambar Potret antara gambar yang paling banyak kita di ambil, Namun masih ramai yang masih blur bagaimana untuk menghasilkan gambar potret yang baik. Di sini kami kongsikan sedikit beberapa tips bagaimana mendapatkan gambar potret yang baik
BACKGROUND
Pemilihan background adalah perkara yang amat penting dan mudah tetapi sering dilupakan. Apabila kita mengambil gambar potret sebaik-baiknya pilih background yang CLEAN. Antara background CLEAN yang mudah di pilih adalah langit. Seperti gambar di bawah kita ambil dari angle yang lebih rendah dah cuba dapatkan langit sebagai background.
LIGHT
Gambar potret yang cantik boleh dihasilkan dengan pencayahaan secara : SIDE LIGHTING & BACK LIGHTING
Side Lighting akan menghasilkan gradient yang cantik dari kawasan yang cerah ke gelap. Apabila ada gradient ini, gambar anda akan mempunyai lebih depth dan wujud elemen 3d
Back Lighting adalah seperti gambar di bawah di mana subjek membelakangi cahaya. Kebiasaannya akan menghasilkan gambar silhouette. Untuk mendapatkan gambar seperti di bawah, simbahan flash di perlukan untuk menerangkan subjek yang gelap.
Baiklah setakat ini sahaja tips ringkas dan mudah bagaimana untuk menghasilkan sebuah gambar Potret yang Baik.
0 comments