Welcome to our website !

LENSA 4

By Wednesday, February 17, 2016



LENSA SIRI 4 - PERLU ATAU TIDAK

Orait untuk siri ke empat bahagian lensa kita kongsikan dulu pesanan dari Saiful Nang 

"Gunakan apa yang di tangan bukan yang di angan"

Di siri2 yang sebelum ini (boleh baca di #ulangkajisaifulnangacademy) kita dah kongsikan pelbagai jenis lensa :


1. Kit Lens
2. Prime Lens
3. Telephoto
4. Wide Lens
4. Fish Eyes

Itulah kelebihan kamera dslr dan mirrorless kita ada kepelbagaian lens bukan kepelbagaian bio yer ahaha

Jadi adakah anda perlu lens lens ini?
Banyak kesilapan kita adalah membeli lens yang akhirnya tidak digunakan. Ini beberapa tips yang kami beri sebelum korang beli lens 

TIPS MUDAH PEMBELIAN LENS

1. Tentukan minat anda dan halatuju fotografi anda sebelum membeli lens. Anda CONFIRM MAHU jadi landscaper, belilah wide lens. CONFIRM MAHU jadi portraiter baru beli prime lens... dan seterusnya

2. Gunakan sehabis habis dan selunyai lunyainya kit lens anda kemudian baru spend pada lens lain. Kalau kit lens gambar anda dah cantik, pakai lens yang lebih baik agak2 gambar macam mana? Fikirkan

3. Jangan cepat teracun dgn kawan2 anda ataupun majalah2 kamera yang mempromosi lens. Lens MEMBANTU anda membuat gambar cantik bukan lens yang buat gambar cantik

4. Belilah ikut KEPERLUAN BUKAN KEMAHUAN

5. 2nd hand lens adalah pilihan baik jika nak budget sebab ketahanan lens lebih tinggi dari body. Sebab tu lens2 zaman filem pun masih boleh dipakai smpai sekarang. 


Mudahkan, bagi jurufoto pastikan the money you spend on your lens is worth it.
Dengan kit lens pun saiful nang boleh shot hingga paris. Kenapa anda tidak boleh?

Kalau ada apa apa soalan, boleh tanyakan di ruang komen

Instagram : @saifulnangacademy
Facebook : snapclub
Phone : 010 222 9089

#saifulnangacademy #saifulnang #belajar #asasfoto#asasfotografi #fotografi #fotografiasas#belajarkamera #kamera #kumira #malaysia#igersmalaya #igersmalaysia #asasdslr#ulangkajisaifulnangacadem#belaja #study #dslr#asas #quotes #kata #seronok

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.

Flickr

Created with flickr badge.

Instagram

Blogger templates