Welcome to our website !

TIPS FOTOGRAFI : GAMBAR BAYI

By Thursday, April 09, 2015





TIPS FOTOGRAFI : GAMBAR BAYI

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

PERNAH TENGOK GAMBAR BABY YANG COMEL & KIUT MIUT?

Nak tahu macam mana nak ambil ? kami kongsikan serba sedikit tips bagaimana untuk mengambil gambar anak kecil ini smile emoticon

PREPARATION
Amat penting untuk anda membuat persediaan awal dan mengambil tahu beberapa perkara seperti :

1. Waktu biasa bayi ini tidur (mengambil gambar pada waktu tidur adalah yang terbaik)

2. Penentuan lokasi mengambil gambar yang sesuai. Bilik yang terlalu sejuk atau panas boleh menyebabkan bayi terganggu

3. Umur bayi :
a. NEWBORN ( 1 - 14 hari)
b Bayi 1 bulan - 6 bulan
c. 6 bulan -1 tahun

teknik mengambil gambar bagi setiap bulan agak berbeza mengikut perkembangan bayi tersebut. Mengambil gambar Newborn tidak sama dengan gambar bayi 1 bulan kerana pada 1 bulan kakinya sudah kuat untuk menendang dan posisi bayi sudah tidak sama.

PROPS

Mengambil gambar baby, PROPS MERUPAKAN KEWAJIBAN. ianya menambah warna dan keunikan gambar yang akan anda hasilkan nanti. Berikut merupakan beberapa props mudah yang anda boleh gunakan :

1. Selimut putih
2. Kain pelbagai warna, cuba ambil warna yang mudah di match
3. Topi
4. Riben kepala (untuk bayi perempuan)
5. Bakul/bekas yang sesuai

LIGHTING

Dari segi pencahayaan, digalakkan untuk menggunakan NATURAL LIGHT seperti cahaya dari tingkap.
Bagaimana dengan speedlight atau lampu studio ?
Boleh tetapi jangan DIRECT ke bayi dan lebih baik untuk bayi yang berumur 6 bulan ke atas.

Baiklah ini serba sedikit Tips fotografi untuk Potret Bayi. Nantikan tips2 seterusnya dan jika ada sebarang persoalan boleh tanya di ruangan Komen OKey smile emoticon

Selamat Mencuba smile emoticon

Wassalam

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.

Flickr

Created with flickr badge.

Instagram

Blogger templates