Welcome to our website !

TRAVELOG SNAP : BALI HARI 1 - PART 1

By Tuesday, April 14, 2015 ,

Pemandangan seawal jam 4 pagi di atas bukit Pinggan Bali. Sangat mendamaikan, tenang dan luarbiasa kecantikan pemandangan di sini

.......

"ok semua jam 2.30 pagi kita bangun dan berkumpul semula di lobi jam 3.00 pagi untuk ke lokasi shooting kita hari ini.."
Haaaaaa... 3 pagi ?

..........

3 PAGI ?? benar 3 pagi kami keluar dari hotel untuk ke lokasi fotografi pertama. Walaupun kami baru tiba di hotel jam 12.00 tengah malam hari pertama di bali. Jam 3.00 pagi kami sudah perlu keluar ke lokasi pertama kami iaitu di bukit Pinggan.

Ramai di antara peserta yang mengikuti kem kali ini rata-rata pertama kali mengembara sebagai seorang jurufoto dan bukan sebagai seorang pelancong biasa

Ini lah pelajaran pertama yang mereka lalui, iaitu untuk BELAJAR BANGUN SEAWAL PAGI. Rugi jika anda mengembara dan lebih banyak menghabiskan masa di hotel berbanding di luar. Jika travel untuk merasai ke "best" an duduk hotel maka lebih baik sekadar travel ke hotel-hotel di sekitar Malaysia sahaja

*** Tips memilih hotel bagi jurufoto, ambillah hotel yang tidak mewah dan selesa, kebiasaannya adalah hotel yang bertaraf 3 bintang sudah mencukupi. Jika hotel terlalu mewah, nanti susah nak bangun pula

Seawal jam 3 pagi kami sudah bertolak ke lokasi bukit Pinggan, bukit pinggan ini jika anda cari di google map pun tidak akan di jumpa. Ianya adalah satu lokasi yang sangat unik dan terpencil, tidak di lawati oleh pelancong-pelancong biasa dan hanya di lawati oleh jurufoto-jurufoto landskap yang tegar. Perjalanan ke sini sahaja mengambil masa sekitar 1 jam menaiki kenderaan. 

Jika di tanya antara hotel dan bukit pinggan ini ada apa? jawapannya, gelap gelita sebab semua dah tidur. Sepanjang perjalanan kebanyakkan peserta mengambil kesempatan berehat dan tidur di dalam kenderaan.

Sekitar jam 4 pagi kami tiba di Bukit Pinggan dan para peserta yang baru terjaga dari tidur sambil mengusap-mengusap mata yang masih mengantuk terus menjadi segar apabila di hidangkan dengan salah satu keajaiban langit malam iaitu MILKY WAY. Mereka yang pertama kali melihat milky way terkesima seketika dengan kecantikan langit malam ini. Tanpa melenggahkan masa, kami teruskan aktiviti dengan menerangkan bagaimana untuk mengambil gambar Milk Way, apakah shutter speed, aperture & iso yang sesuai untuk gambar Milk way dan tips-tips fotografi untuk mendapatkan gambar Milky way yang baik

Pemandangan langit malam di bukit Pinggan, malam itu Milky Way betul-betul berada di atas kepala kami dan jelas kelihatan dengan mata kasar. Sememangnya menakjubkan, SubhanAllah

Subuh pada waktu ini adalah sekitar jam 5.14 am, kami ada masa kira-kira 1 jam untuk mengambil gambar milky way dan bintang-bintang. Walaupun agak sejuk, para peserta seolah terlupa dan terus khusyuk mengambil gambar MilkyWay dan bintang di atas bukit Pinggan ini.

Sebahagian para peserta yang sedang mengambil gambar MilkWay dan bintang. Malam itu cuaca sangat baik dan selain MilkWay, bintang-bintang juga jelas kelihatan.

Dari atas bukit Pinggan ini kita sebenarnya boleh melihat Gunung Batur. Sebahagian para peserta bergerak ke pinggir bukit untuk mengambil gambar Gunung Batur, salah satu gunung yang terkenal di Bali. Sebuah Gunung yang terkenal, namun tidak ramai yang mempunyai gambar Gunung Batur seperti yang di peroleh oleh kami, di mana Gunung Batur ini di payungi dengan langit malam dan di seleputi kabus di bawahnya

Pemandangan Gunung Batur dari Bukit Pinggan, sebelum terbitnya matahari 

Selesai solat subuh di atas bukit tersebut, kami bersedia untuk mengambil gambar matahari terbit. Waktu tercantik untuk mengambil gambar pemandangan adalah pada waktu pagi atau petang. Namun waktu pagi lebih istimewa kerana perubahan dari keadaan gelap ke cerah, sejuk ke panas memberikan impak yang lebih tinggi berbanding gambar matahari terbenam. Terutamanya bagi kawasan yang berkabus, kerana kabus hanya wujud pada waktu malam dan akan mula hilang pada awal pagi selepas matahari terbit. Pergerakan kabus secara perlahan-lahan dan menghilang sangat-sangat cantik, ditambah lagi dengan sinaran cahaya pagi ke atas kabus tersebut. SANGAT INDAH DAN MENDAMAIKAN


Sebahagian peserta sedang mengambil gambar matahari terbit dari atas bukit Pinggan


Pemandangan pagi Gunung Batur dari Bukit Pinggan. Sememangnya sangat menakjubkan dan tidak tergambar dengan kata-kata. Anda perlu berada di sana untuk alaminya sendiri :)

Sampai di sini dulu catatan untuk kali ini, nantikan sambungan kembara kami di Bali pada bahagian seterusnya 

Ingin sertai kami ke BALI ? berikan contact anda di sini : JOM KE BALI & LOMBOK

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.

Flickr

Created with flickr badge.

Instagram

Blogger templates