Welcome to our website !

FAHAMI CAHAYA

By Friday, December 12, 2014



FAHAMI CAHAYA

Seorang jurufoto seharusnya mempunyai kefahaman terhadap cahaya yang baik. 

TIADA CAHAYA MAKA TIADA GAMBAR.

Biasa kita kalau nak ambil gambar, kita main petik jer dan kalau ambil gambar potret kebiasaannya tak kisah untuk ambil pada jam berapa pun pada satu hari dan tak pernah terfikir untuk melihat cahaya sebelum memetik kamera.

Sedangkan kualiti cahaya berbeza-beza pada setiap jam di dalam satu hari. Cahaya berkualiti wujud ketika waktu golden hour iaitu seawal pagi dan ketika lewat petang.

Golden hour ini, matahari berada di ufuk dan mempunyai warna kekuning-kuningan. Cahaya seperti ini akan menghasilkan gambar yang lebih hidup dan dinamik. Lihat seperti contoh gambar di bawah ini.

Sudut mengambil gambar pun penting untuk mendapatkan kesan terbaik dari cahaya pada waktu golden hour ini.

Seperti gambar di bawah ini, jika bukan kerana cahaya pagi dan sudut ambil gmbar yang betul, maka gambar ini tidak akan ada shadow, highlight, rim light dan flare di dalam gambar ini, sekaligus menyebabkan gambar ini flat.

Itulah pentingnya cahaya pagi ini, oleh itu jurufoto yang baik dia boleh bangun pagi 

Sebab itu para peserta-peserta Zero To Pro juga akan "dikerahkan" seawal pagi selepas subuh dan belajar bagaimana untuk mengambil gambar dengan cahaya pagi seperti ini. Walaupun pada malam sebelum itu mereka tidur lewat dalam jam 1 - 2 pagi. selepas kepenatan 1 hari mengambil gambar.

Bengkel Zero to Pro nih kalau nak tidur banyak memang rugi 

Gambar ini adalah hasil dari salah seorang peserta Zero To Pro, Dino Leong pada akhir tugasan di hari ketiga.

Berminat untuk menyertai? hubungi kami di 03 8751 9089 / 010 222 9089 / inquiry@snap.com.my

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.

Flickr

Created with flickr badge.

Instagram

Blogger templates