TIPS FOTOGRAFI : CUACA BUKAN ALASAN
Dalam kita mengembara dan berjalan antara perkara yang sentiasa menjadi kerungsingan adalah CUACA. Sebenarnya jika anda mahu, setiap cuaca yang ada anda boleh menghasilkan gambar yang baik.
Tentu sekali, cuaca yang cerah dan langit yang biru merupakan cuaca yang di idam-idamkan. Namun tidak semua waktunya begitu dan cuaca yang paling tidak di ingini adalah HUJAN. Anda harus lihat cuaca itu sebagai CABARAN BUKAN ALASAN/HALANGAN.
Apabila anda sudah berfikir begitu maka minda anda akan mula bergerak. Maka jika hujan anda akan merakam hujan tersebut, kerana ianya sebahagian dari cerita anda. Jangan simpan kamera anda takut untuk merakam atau takut basah terkena hujan.
Bersiap sedia dengan baju hujan dan jika kamera anda terkena percikan air, cepat2 lap dan jangan terlalu risau. DSLR terutamanya model semi-pro ke atas mempunyai ketahanan cuaca yang baik.
Ini salah satu gambar ketika waktu Hujan di sana, kami masih lagi mengambil gambar dengan berbaju hujan dan memikul beg kamera. CUACA BUKAN ALASAN
0 comments