Welcome to our website !

TIPS FOTOGRAFI : LANDSCAPE FOTOGRAFI

By Friday, December 12, 2014




TIPS FOTOGRAFI : LANDSCAPE FOTOGRAFI

Antara perkara terpenting di dalam landscape fotografi adalah LOKASI + MASA

MASA : GOLDEN HOUR

Golden hour merupakan waktu dimana cahaya matahari mengeluarkan warna kekuning-kuningan. Waktu seperti ini kebiasaannya ada pada :

1. 1 jam sebelum matahari terbenam (Maghrib)
2. 1 jam selepas matahari terbit (Syuruk)

Namun tidak mudah sebenarnya untuk mengambil gambar pada waktu ini kerana ianya didalam situasi Backlight. Untuk mngambil gambar seperti ini anda perlu tambahan peralatan seperti GND filter atau menggunakan teknik HDR. Tripod juga perlu.

Kamera setting :
ISO 100,
Aperture : F8 ke atas
Shutter speed : Mengikut kesesuaian

LOKASI

Lokasi yang RARE adalah antara perkara penting didalam mendapatkan gambar landscape yang berimpak tinggi. Ini kerana ianya akan memberikan satu pemandangan yang luar dari kebiasaan.

Seperti lokasi gambar ini adalah di salah satu puncak bukit di Guilin. Terdapat banyak puncak di Guilin, namun tidak banyak yang mempunyai pemandangan sunset seperti ini dimana terdapat sungai yang membentuk U mengepungi kampung kecil di sini.

Penting untuk anda membuat sedikit research kerana sesetengah lokasi memerlukan anda datang lebih awal.

Jika anda ingin mengambil gambar ketika golden hour anda perlu tiba ke lokasi shooting lebih awal, sebaiknya 30 minit sebelum golden hour bermula.

Untuk lokasi ini, golden hour bermula jam 5.30 PM, kami tiba di lokasi pada 3.30PM, 2 jam lebih awal kerana kami tahu kami perlu mendaki bukit ini dan akan mengambil masa dalam 1 jam untuk mendaki. Kami tiba di atas 1 jam sebelum golden hour bermula.

Tiba awal memudahkan anda mendapatkan lokasi terbaik untuk mengambil gambar kerana anda boleh survey beberapa shot dan buat test shot sebelum waktu yang sebenar.

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.

Flickr

Created with flickr badge.

Instagram

Blogger templates