TIPS FOTOGRAFI : GAMBAR AIR TERJUN
TIPS FOTOGRAFI : GAMBAR AIR TERJUN
Pernah tengok gambar air terjun atau jeram, nak tahu macam mana nak amik? Ok di sini kami kongsikan sedikit tips mudah bagaimana untuk mengambil gambar air Terjun
KAMERA SETTING
Antara perkara yang mencantikkan sebuah gambar air terjun adalah dimana slow shutter digunakan dan kita dapat melihat flow air tersebut. Untuk dapatkan flow tersebut setting kamera adalah seperti berikut :
Aperture : F8 dan ke atas
ISO : 100
Shutter speed : 5 - 10 saat, bergantung juga kepada kelajuan air tersebut
Untuk mendapatkan shutter speed 5-10 saat tanpa ada kawasan yang overexpose, anda memerlukan peralatan tambahan iaitu filter ND8
Filter ini fungsinya untuk menapis/menyekat cahaya supaya shutter speed yang lebih lama dapat digunakan.
WAKTU
Antara waktu terbaik mengambil gambar air terjun adalah ketika waktu awal pagi/lewat petang. Ini kerana pada waktu ini matahari berada di ufuk langit. Jika anda bernasib baik mungkin mendapat Ray Of Light pada gambar.
Waktu pagi lebih baik berbanding waktu petang kerana di sesetengah tempat dan pada cuaca tertentu, anda mungkin mendapat kawasan yang berkabus di kawasan air terjun itu. Ini memudahkan lagi anda mendapat gambar dengan Ray of Light dan gambar yang lebih cantik dan unik.
BERHATI-HATI
Didalam mengambil air terjun ini, anda juga perlu berhati-hati dengan :
1. KAWASAN LICIN : pastikan anda berhati2 melangkah dan pakai kasut yang bersesuaian. Jika tersilap langkah bukan sahaja gadget yang tenggelam, mungkin anda juga boleh cedera
2. KEPALA AIR : Tengok keadaan cuaca ketika anda mengambil gambar, jika cuaca agak mendung dan kemungkinan hujan di bahagian hulu sungai. Cuba elakkan mengambil gambar di kawasan yang sukar untuk anda keluar dari sungai. Dan jika merbahaya lebih baik anda tangguhkan dahulu sesi mengambil gambar tersebut.
Itu sedikit sebanyak tips mudah didalam mengambil gambar air terjun/jeram. InsyaAllah di masa akan datang kami akan tambahkan lagi tips2 tersebut.
Selamat Mencuba
0 comments