Welcome to our website !

TIPS FOTOGRAFI : GRADUATED NEUTRAL DENSITY (GND) FIlter

By Monday, December 22, 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Baiklah seperti yang di janjikan kita teruskan tips seterusnya. Biasanya antara cabaran dalam mengambil gambar landscape nih adalah dimana kekuatan cahaya antara bahagian langit dan tanah terlampau jauh berbeza dan tidak dapat dirakam oleh kamera akibat dari back lighting.

Mata kita dalam melihat perbezaan kepekaan cahaya sebanyak 11 - 14 tahap (11-14 exposure), namun kebanyakan kamera kiter cume dapat menangkap cahaya sebanyak 4 atau 5 level sahaja

Dalam landscape fotografi nih, perbezaan keterangan atau exposure yang tinggi kat gambr nih biasa nyer jadik mase kiter shot berhadapan dengan matahari cam sunset atau sunrise

Ini akan menyebabkan gambar jadi overexpose di langit atau underexpose di bahagian ground/foreground

jadi nk mengatasai masalah nih.. salah satu teknik yg wujud sejak zaman amik gmbr gune filem lagi adalah dengan mengunakan Gradual Neutral Density Filter atau GND filter.

Filter nih mempunyai separuh bahagian gelap separuh lagi terang. Sebab name die Gradual, jadi bahagian paling gelap adalah kat atas dan semakin terang perlahan2 ke arah tengah filter.

Bahagian filter yang gelap ini akan digunakan pada langit untuk mengurangkan exposure langit agar kita dapat sebuah gambar yang well exposed

Untuk jenama COKIN terdapat beberapa jenis kegelapan dia :

1. GND 2 : kurang gelap
2. GND 4 : gelap
3. GND 8 : sangat gelap

Kebiasaannya, cukup untuk mempunyai 2 filter sahaja seperti GND 4 & 8.

Penggunaan GND nih amat sesuai bagi pemandangan yang mempunyai horizontal line yg sekata seperti gambar di laut/pantai/tasik. Sangat tidak sesuai untuk gambar cityscape kerana horizontal linenya tidak sekata.

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.

Flickr

Created with flickr badge.

Instagram

Blogger templates