Rule Of Third
Ulangkaji Fotografi
Rule of Third merupakan satu teknik komposisi yang mudah dan sangat berkesan, namun masih ramai yang keliru.
Bagaimana untuk melakukannya?
Bahagikan gambar anda kepada 9 bahagian seperti di bawah dan letakkan subjek anda atau "Point of Interest" anda di kedudukan 1/3 keseluruhan framing gambar. Iaitu di titik persilangan grid tersebut. Seperti gambar di bawah.
Ketika mengambil gambar, kebanyakkan kamera DSLR boleh meletakkan grid tersebut di viewfinder, jadi sebelum mengambil gambar anda sudah boleh meletakkan posisi subjek anda di RO3 tersebut.
Secara semulajadi gambar anda akan menjadi lebih menarik. Tak percaya boleh cuba :)
0 comments