Welcome to our website !

ULANGKAJI FOTOGRAFI : FRAMING

By Friday, December 12, 2014







ULANGKAJI FOTOGRAFI : FRAMING

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua 

Antara perkara terpenting di dalam fotografi namun SERING DILUPAKAN ADALAH KOMPOSISI

Terdapat pelbagai elemen komposisi dan untuk hari ini kami sentuh satu sahaja dahulu iaitu FRAMING.

APA PENTINGNYA KOMPOSISI ?

Sebelum kami terangkan lebih lanjut tentang FRAMING, kami terangkan dahulu kepentingan komposisi.

Didalam setiap gambar pasti ada Subjek atau Point of interest (POI). Jadi bila kita ambil kita mesti nak orang terus fokus pada Subjek/POI tersebut.

Untuk membantu orang terus fokus pada Subjek/POI tersebut maka kita harus gunakan komposisi.

Sebagai contoh seperti gambar di bawah, subjek kita adalah lelaki tersebut. Untuk memfokuskan pandangan kita ke subjek tersebut kita gunakan FRAMING

FRAMING

Framing ini bukannya sekadar amik frame gambar kemudian letak di muka yer. Ianya lebih kepada kreativiti jurufoto mengunakan elemen disekeliling menjadikannya sebagai sebuah frame.

Untuk gambar di bawah ini, tiang-tiang digunakan sebagai Framing.Untuk mencari Frame ini anda boleh cuba shoot dari :
1. Celah2 Pokok
2. Celah2 daun,
3. Celah2 Pintu
4. Tingkap
5. dan pelbagai lagi persekitaran yang anda boleh gunakan.

Baiklah cukup dulu sampai sini, jika ada soalan boleh tanya di ruangan komen 

InsyaAllah elemen komposisi lain kita sambung lagi nanti. STAY TUNED

You Might Also Like

0 comments

Powered by Blogger.

Flickr

Created with flickr badge.

Instagram

Blogger templates